BISMILLAH

assalam

Sunday 21 April 2013

Kisah Nabi Musa dan seorang faki



Di zaman Nabi Musa ada seorang kaya yang sentiasa menolong orang termasuk nabi Musa sendiri. Lalu Nabi Musa bertanya kepadanya tentang apa yang boleh dilakukan untuknya (sebagai menghargai pertolongannya). Orang kaya itu mengatakan bahawa dia sudah memiliki apa yang diingini, cuma yang belum dimiliki ialah seorang anak lelaki bagi mewarisi kekayaannya.
Lalu Nabi Musa bermunajat (berdoa kepada Allah) di Bukit Thur bagi memohon hajat orang kaya tersebut. Lalu Allah s.w.t. memberi jawaban, “Ia belum tertulis di Loh Mahfuz”. Setelah mendengar jawaban itu, nabi Musa kembali memberitahu orang kaya tersebut, dan dia redha dan akur dengannya.
Selepas itu, datang seorang fakir meminta sedekah dari orang kaya itu. Setelah diberi bantuan, fakir itu bertanya tentang apa yang boleh dilakukan untuknya (sebagai menghargai pertolongannya). Orang kaya itu menyatakan hajat yang sama, iaitu seorang anak lelaki. Lalu fakir itu berdoa sambil menyapu sampah dijalanan denagan tongkatnya supaya Allah memperkenankan permintaan orang kaya itu.
Fakir dalam istilah feqah ialah miskin. Fakir dari sudut tariqat ialah wali. Fakir itu sebenarnya seorang wali.
9 bulan selepas itu makbullah permintaan fakir tadi, orang kaya itu mendapat seorang anak lelaki. Nabi Musa merasa hairan, lalu bertanya kepada Allah bagaimana perkara itu boleh berlaku sedangkan ianya belum tertulis di Loh Mahfuz. Sebelum menjawab soalan itu, Allah menyuruh Nabi Musa pergi mencari daging manusia (orang yang sanggup memotong dagingnya sendiri dan memberinya kepada Allah).
Lalu Nabi Musa pergi berjalan mencari orang yang sanggup memotong dagingnya sendiri untuk Allah. Semuanya tidak sanggup dengan memberi alasan masing-masing. Akhirnya bertemulah Nabi Musa dengan fakir tadi. “Duduklah wahai Nabi Allah” kata fakir itu, lalu diletakkan beg galas Nabi Musa. Setelah dinyatakan hajatnya kepada fakir itu, dia berkata “Kalau tuhan mahu, takkan kita tak boleh bagi, ambillah dagingku”. Diambil pisau dari beg Nabi Musa, lalu dipotong daging dari paha kanan dan paha kirinya.
Setelah mendapat daging itu Nabi Musa kembali menghadap Allah s.w.t dan menceritakan perkara tersebut. Maka jawab Allah, kalau orang itu sanggup memberi kerana aku, bagaimana aku hendak menolak permintaannya (doanya agar orang kaya itu diberikan anak lelaki). Doa fakir itu telah dimakbulkan dan Allah telah mengubah apa yang tertulis di Loh Mahfuz, seperti mana firman Allah, “yam hullah huma yasa’:
Ar-Ra’d [39] Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya…
Fakir itu telah menjadikan dirinya “hak Allah“. Dalam satu hadith, nabi s.a.w bersabda “Siapa jadi hak Allah, Allah jadi haknya” seperti dalam kisah Rabiah dari Basrah.

Syair Rabiah dan Jadi Hak Allah


Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla,walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi, Fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu*
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar
* Syurga firdaus (yang tertinggi). Rasulullah s.a.w bersabda ” mintalah syurga firdaus”
Rabiah ialah seorang wali perempuan dari Basrah. Dia pernah berkata “Ya Allah, Rabiah buat ibadat dan taat bukan kerana nakkan syurga atau takutkan neraka, tetapi kerana Rabiah nak jadi hak Allah“. Begitu hebatnya wanita bila cintakan Allah. Seperti kata pepatah “tangan yang menghayun buaian boleh mengoncang dunia”
Keluar suara ghaib jawab ” Ya Rabiah, bila kamu jadi hak Allah, Allah jadi hak kamu”
Rasulullah s.a.w bersabda:-
Siapa jadi hak Allah, Allah jadi hak dia”
Memang kita adalah hak Allah. Oleh itu, balik kepada Allah, Allah akan bantu kita.

No comments:

Post a Comment