BISMILLAH

assalam

Sunday, 9 September 2012

sidi dusuqi

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
SYEKH IBRAHIM AL-DUSUQI
Syeikh Ibrahim Dusuqi dilahirkan pada tahun 623 H di Dusuq, Mesir. Syekh Ibrahim Dusuqi bin Abd Aziz Abu al-Majd bin Ali Quraish bin Muhamad Abi Redha bin Mohamad an-Najjar bin Ali Zainal Abidin bin Abdul Khaliq bin Mohamad at-Tayyib bin Abdullah al-Kattam bin Abdul al-Khaliq bin Abi al-Qasim bin Jaafar al-Zaki bin Ali al-Hadi bin Imam Mohamad al-Jawad bin Imam Ali Redha bin Imam Musa al-Kazim bin Imam al-Ja’far as-Sodiq bin Imam Mohamad al-Baqir bin Imam Ali Zainal Abidin bin Imam al-Hussin bin Saidina Ali dan Saidatina Fatimah az-Zahra’ binti Saidina Mohamad SAW. Manakala ibunya Sayyidah Fatimah as-Syaziliah binti Abdullah merupakan saudara perempuan kepada Syeikh Abu al-unya Sayyidah Fatimah binti Abdullah bin Abd Jabar, saudari tokoh sufi terkenal Abu Hasan Syazili.

Syekh Ibrahim Dasuqi ini juga mempunyai silsilah satu nasab dengan Sayyid Ahmad Badawi keturunan kesepuluh Sayyid Ja’far al-Turki bin Ali al-Hadi.. Beliau belajar ilmu bahasa, agama dan menghafal Al Qur’an dan hadis , Fekah mazhab as-Syafi dimana beliau juga bermazhab as-Syafei.

Tariqah beliau ini dikenal dengan nama Tariqah Burhamiah yang diambil dari namanya atau Tariqah Dusuqiah, diambil dari nama tempatnya. Syeikh Ibrahim Dusuki dan para pengikutnya ini memakai serban warna hijau sementara serban yang dipakai oleh Sayid Badawi dan para pengikutnya berwarna merah, sedangkan para pengikut Tariqah Rifaiyah berwarna hitam.

Sultan Zahir yangmendengar tentang keilmuan Syeikh Ibrahim Dusuqi telah melantiknya sebagai Syekh Islam, maka beliau menerima jabatan itu dan melaksanakan tugasnya tanpa mengambil gajinya, tapi membagikan gaji dari jabatan ini kepada pada fakir miskin dari kalangan muslimin. Sultan juga membangun sebuah tempat pertemuan untuk Syekh dan para muridnya dalam belajar memahami agama, jabatan ini tetap dipegang oleh Syekh Ibrahim sampai meninggalnya Sultan . setelah sultan meninggal, beliau mengundurkan diri, meluangkan waktunya bagi para muridnya.

Maulana Syeikh ini adalah seorang yang berani tidak menghampiri kepada penguasa dan tidak takut akan celaan orang-orang yang mencela di dalam menyebarkan agama Allah. Syekh Jalaludin al-Kharkhi bercerita; bahawasannya Syekh Dusuqi ini pernah berkirim surat kepada Sultan Asyraf Khalil bin Qalawun yang berisi kritikan pedas padanya, karena perbuatan zalim yang dilakukan kepada rakyat. Maka Sultan pun murka dan memanggil Syekh, tapi Syekh Dusuqi ini menolak untuk mendatangi panggilan ini dan berkata: ”Aku tetap di sini, siapa yang ingin bertemu saya, maka dialah yang harus menemuiku”. Dan Sultan pun tidak dapat berbuat apa-apa terhadap Syekh karena dia tahu posisinya di sisi masyarakat, maka diapun datang kepadanya dan minta maaf. Dan Syekh pun menyambutnya dengan baik dan memberi khabar gembira akan kemenangannya dalam peperangan melawan tentara salib, dan memang terbuktilah kemudian kemenangan itu.

Dicatatkan bahwa Syekh al-Itris yang dimakamkan di samping Sayidah Zainab di Kaherah adalah saudara Syekh Dusuqi. Syekh Dusuqi ini di samping menguasai bahasa arab juga menguasai bahasa asing lain seperti bahasa Suryaniyah dan Ibriyah, beliau telah menulis sejumlah buku dan risalah dalam bahasa Suryaniyah.

Syekh Dusuqi meninggalkan banyak kitab dalam bidang fiqih, tauhid, dan tafsir. yang paling terkenal adalah kitab yang masyhur di sebut “Al-Jawahir” atau “Al-Haqaiq”, dan juga Qasidah.
Maulana Syeikh Ibrahim ad-Dusuqi mempunyai pelbagai gelaran iaitu;

Abu al-Ainain, Syekhul al-Islam, Imam Syariat dan Hakikat, Rais ad-Diwan, Ghaus al-Iwan, Qutub al-Aqtab, Burhan Millah Wa ad-Din, Qutub ad-Dakwah wa al-Irsyad, Qutub al-Fard al-Jami’ al-Hasib an-Nasib al-Labib as-Syarif, Kibar al-Arifin, Sultan al-Auliyaa’ dan Hujjatul at-Tauhid..
Beliau wafat kurang lebih tahun 676 H dalam usia umur 43 di Dusuq, dan dimakamkan di zawiyyah-nya dimana beliau selalu beribadah di dalamnya. berdekatan makamnya, ada makam saudara sekaligus penggantinya iaitu Sayyid Musa Abu al-Imran.

SYEIKH IBRAHIM

Pada tanggal 28 April 2011 merupakan maulid besar sang wali Allah SIdi Ibrahim Dasuqi yang di kubrukan di kota Dusuq, beliau merupakan seorang wali terkenal di Mesir dan seluruh penjuruh dunia.
Nama lengkap :
Arif Billah Ibrahim ad-Dasuqi bin Abi al-Majd bin Quraisy bin Muhammad bin Abi an-Naja bin Zainal Abidin bin Abdul Khaliq bin Muhammad Abi at-Thaib bin Abdul Katim bin Abdul Khaliq bin Abi Qasim bin Ja`far Zaki bin Ali bin Muhammad al-Jawwad bin Ali ar-Ridha bin Musa Kazhim bin JA`far as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Husein bin Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fatimah binti Rasulullah s.a.w.
Dari kecil beliau dikenal sangat rajin beribadah, memiliki kerajian yang tinggi mengalahi teman-temannya, timbuh dan membesar di kalangan masyarkat yang soleh, memiliki sifat – sifat terpuji yang beliau warisi dari kakeknya baginda Rasulullah s.a.w.
Beliau sangat sopan santun, pengasih, pemurah, suka menolong orang, rajin beribadah, taat terhadap orang tua, menghormati ulama dan orang-orang solih, wara`, pendiam, pintar dan pandai.
Dari kecilnya telah mengikuti pengajian-pengajian agama, belajar membaca dan menulis, belajar berbagian disiflin ilmu agama dari ulama-ulam yang berada di kampung halamannya, menekuni fiqih Syafi`i dan mendalaminya, dan seterusnya belau mempelajari ilmu tasawuf dan memperdalaminya dengan semangat yang kuat sehingga beliau memang benar-benar berenang di lautan makrifah, menjadi tonggak besar tasawuf di Mesir dan seluruh penjuru dunia.
Latihan jiwa untuk menuju Allah tidak semudah mempelajari ilmu-ilmu yang lainnya, sebab perjalanan menuju Allah memiliki berbagai macam tantangan dan rintangan dari jiwa, masyarakat dan syaitan, cobaan tersebut datang menghalangi sang Salik menuju Allah, tetapi Syeikh Ibrahim berhasil menepis segala halangan dan rintangan yang mengganggunya untuk mengenal Allah dan berjalan munujunya, zikir, istighfar, salawat merupakan bahagian penting menuju perjalanan yang penuh dengan onak dan duri.
Dengan kerajinanya Allah memilih beliau menjadi walinya, bahkan beliau mendapat gelaran wali Qutub dari seluruh para wali, dan beliau juga diantara Qutub empat yang masyhur, Qutubul Arba`ah adalah : Sidi Abdul Qadir Jailani, Sidi Ahamd ar-Rifa`i, Sidi Ahmad Badawi dan Sidi Ibrahim ad-Dasuqi.
Diantara Karomah beliau adalah :
Berkata Imam al-Munawi : Seekor buaya telah menelan seorang anak di sungai nil, maka ibu sang anak mendatangi Syeikh Ibrahim Dasuqi dengan menangis tersedu-sedu, maka Syeikh meyuruh muridnya untuk memanggil buaya yang memakan anak ibu tersebut, maka datang muridnya dan berseru di tepi sungai Nil : ” Wahai sekalian buaya , siapa diantara kalian yang memakan seorang anak maka hendaklah dia timbul dan menghadap Syeikh “. maka timbullah buaya dan berjalan beserta murid sehingga sampai kehadapan Syeikh Ibrahim ad-Dusuqi, maka Syeikh menyuruh buayaitu untuk mengeluarkan anak itu, maka buaya itu mengeluarkan anak itu dalam keadaan hidup, kemudian SYeikh Ibrahim berkata : Matilah kamu dengan keizinan Allah “, maka dengan segara buaya pun mati.
Kehidupan beliau penuh dengan ibadah dan perjuangan melawan hawa nafsu dan syahwat, membantu umat dan berbuat kebaikkan, beliau hidup hanya empat puluh tiga tahun saja, tetapi mampu mengisi kehidupannya dengan hal-hal yang bermanfa`at untuk dirinya dan umat islam sekaliannya,
Syeikh Ibrahim Dasuqi meninggal dunia pada tahun 676 hijriyah, kuburan beliau terus di ziarahi hingga sampai sekarang ini.
Rujukkan :
1 – Jami` Karomati al-Auliya` : 1 / 398 , karangan Syeikh Yusuf an-Nabhani, cetakkan Darul Makrifah Bairut 1424 – 2003 .
2 – al-Khitatu Taufiqiyyah al-Jadidah : jilid 11, halaman 16, karangan Ali Basha cetakkan Hai`ah Masriyyah Ammah.
3 – Thobaqatu Syazuliyyah : halaman 87, karangan Abi Ali Hasan bin Muhammad bin Qasim al-Kuhun al-Fasi al-Maghribi.

Saturday, 8 September 2012

assigment MASJID SAMMARA IRAQ

Masjid ini dibina semasa pemerintahan Khalifah Abasiyyah Al-Mutawakkil pada abad ke-9. Berdiri dengan megahnya di dalam bandar tertua di dunia, salah satu keunikannya ialah Menara Berpusing yang terletak di bahagian utara masjid ini. ~ana amek masjid sammara di iraq sebagai masjid pilihan untuk assigment untuk maddah muahaddasthah..... nk taw apa sejarah masjid ni.... ikuti perkembangan lanjut...

Thursday, 6 September 2012

KEHUDAPAN ISLAM INDAH

INSYALLAH... DENGAN BERKAT DAN NIKMAT IMAN DAN ISLAM YANG ALLAH BERIKAN PADA ANA..... ANA HARAP.... ANA DAPAT MENGAPAI SEGALA KEINGINAN IBUNDA ANA KEATAS DIRI ANA...