SYEKH IBRAHIM AL-DUSUQI
Syeikh
Ibrahim Dusuqi dilahirkan pada tahun 623 H di Dusuq, Mesir. Syekh
Ibrahim Dusuqi bin Abd Aziz Abu al-Majd bin Ali Quraish bin Muhamad Abi
Redha bin Mohamad an-Najjar bin Ali Zainal Abidin bin Abdul Khaliq bin
Mohamad at-Tayyib bin Abdullah al-Kattam bin Abdul al-Khaliq bin Abi
al-Qasim bin Jaafar al-Zaki bin Ali al-Hadi bin Imam Mohamad al-Jawad
bin Imam Ali Redha bin Imam Musa al-Kazim bin Imam al-Ja’far as-Sodiq
bin Imam Mohamad al-Baqir bin Imam Ali Zainal Abidin bin Imam al-Hussin
bin Saidina Ali dan Saidatina Fatimah az-Zahra’ binti Saidina Mohamad
SAW. Manakala ibunya Sayyidah Fatimah as-Syaziliah binti Abdullah
merupakan saudara perempuan kepada Syeikh Abu al-unya Sayyidah Fatimah
binti Abdullah bin Abd Jabar, saudari tokoh sufi terkenal Abu Hasan
Syazili.
Syekh Ibrahim Dasuqi ini juga
mempunyai silsilah satu nasab dengan Sayyid Ahmad Badawi keturunan
kesepuluh Sayyid Ja’far al-Turki bin Ali al-Hadi.. Beliau belajar ilmu
bahasa, agama dan menghafal Al Qur’an dan hadis , Fekah mazhab as-Syafi
dimana beliau juga bermazhab as-Syafei.
Tariqah
beliau ini dikenal dengan nama Tariqah Burhamiah yang diambil dari
namanya atau Tariqah Dusuqiah, diambil dari nama tempatnya. Syeikh
Ibrahim Dusuki dan para pengikutnya ini memakai serban warna hijau
sementara serban yang dipakai oleh Sayid Badawi dan para pengikutnya
berwarna merah, sedangkan para pengikut Tariqah Rifaiyah berwarna hitam.
Sultan
Zahir yangmendengar tentang keilmuan Syeikh Ibrahim Dusuqi telah
melantiknya sebagai Syekh Islam, maka beliau menerima jabatan itu dan
melaksanakan tugasnya tanpa mengambil gajinya, tapi membagikan gaji dari
jabatan ini kepada pada fakir miskin dari kalangan muslimin. Sultan
juga membangun sebuah tempat pertemuan untuk Syekh dan para muridnya
dalam belajar memahami agama, jabatan ini tetap dipegang oleh Syekh
Ibrahim sampai meninggalnya Sultan . setelah sultan meninggal, beliau
mengundurkan diri, meluangkan waktunya bagi para muridnya.
Maulana
Syeikh ini adalah seorang yang berani tidak menghampiri kepada penguasa
dan tidak takut akan celaan orang-orang yang mencela di dalam
menyebarkan agama Allah. Syekh Jalaludin al-Kharkhi bercerita;
bahawasannya Syekh Dusuqi ini pernah berkirim surat kepada Sultan Asyraf
Khalil bin Qalawun yang berisi kritikan pedas padanya, karena perbuatan
zalim yang dilakukan kepada rakyat. Maka Sultan pun murka dan memanggil
Syekh, tapi Syekh Dusuqi ini menolak untuk mendatangi panggilan ini dan
berkata: ”Aku tetap di sini, siapa yang ingin bertemu saya, maka dialah
yang harus menemuiku”. Dan Sultan pun tidak dapat berbuat apa-apa
terhadap Syekh karena dia tahu posisinya di sisi masyarakat, maka diapun
datang kepadanya dan minta maaf. Dan Syekh pun menyambutnya dengan baik
dan memberi khabar gembira akan kemenangannya dalam peperangan melawan
tentara salib, dan memang terbuktilah kemudian kemenangan itu.
Dicatatkan
bahwa Syekh al-Itris yang dimakamkan di samping Sayidah Zainab di
Kaherah adalah saudara Syekh Dusuqi. Syekh Dusuqi ini di samping
menguasai bahasa arab juga menguasai bahasa asing lain seperti bahasa
Suryaniyah dan Ibriyah, beliau telah menulis sejumlah buku dan risalah
dalam bahasa Suryaniyah.
Syekh Dusuqi
meninggalkan banyak kitab dalam bidang fiqih, tauhid, dan tafsir. yang
paling terkenal adalah kitab yang masyhur di sebut “Al-Jawahir” atau
“Al-Haqaiq”, dan juga Qasidah.
Maulana Syeikh Ibrahim ad-Dusuqi mempunyai pelbagai gelaran iaitu;
Abu al-Ainain, Syekhul al-Islam, Imam Syariat dan Hakikat, Rais ad-Diwan, Ghaus al-Iwan, Qutub al-Aqtab, Burhan Millah Wa ad-Din, Qutub ad-Dakwah wa al-Irsyad, Qutub al-Fard al-Jami’ al-Hasib an-Nasib al-Labib as-Syarif, Kibar al-Arifin, Sultan al-Auliyaa’ dan Hujjatul at-Tauhid..
Abu al-Ainain, Syekhul al-Islam, Imam Syariat dan Hakikat, Rais ad-Diwan, Ghaus al-Iwan, Qutub al-Aqtab, Burhan Millah Wa ad-Din, Qutub ad-Dakwah wa al-Irsyad, Qutub al-Fard al-Jami’ al-Hasib an-Nasib al-Labib as-Syarif, Kibar al-Arifin, Sultan al-Auliyaa’ dan Hujjatul at-Tauhid..
Beliau
wafat kurang lebih tahun 676 H dalam usia umur 43 di Dusuq, dan
dimakamkan di zawiyyah-nya dimana beliau selalu beribadah di dalamnya.
berdekatan makamnya, ada makam saudara sekaligus penggantinya iaitu
Sayyid Musa Abu al-Imran.
No comments:
Post a Comment