BISMILLAH

assalam

Sunday, 9 September 2012

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH

kalam ini kata TG.HAJI SALLEH.... tiada TUHAN... LA tersebut sememangnya mnunjukkan bahawa tiada TUHAN dimana TIADA itu trbahagi kepada 3... dari segi

1)'AQAL
2)PENGLIHATAN
3)ADA DZHOHIR @ DI ALAM

1- kata TG. sesungguhnya ALLAH itu tidak bertempat dan tidak dapat dibayngkan...
zaman kanak2 dulu mesti pernah kita mmbayngkan gambaran untuk menggambarkan ALLAH dan maka itu bukan TUHAN....

2- begitu juga dengan penglihatan... kita tidak pernah melihat ALLAH...

3- pernahkah seorang insan MENGETAHUI ALLAH BERADA dimana...??? sesungguhnya ALLAH itu tidak bertempat....

b0leh mengucapkan TIADA TUHAN tetapi bukan dengan I'TIQAD keatas tidak wujudnya TUHAN... tapi atas dasar 3 perkara tersebut...

TUHAN BUKAN JIRIM (2)

  Tiap-tiap jenis dan bangsa makhluk yang mempunyai enam tepi tadi ada pula terdapat dua kelakuan tak berlaku serentak dalam satu masa keatasnya, tidak lebih dan tidak kurang, hanya dua kelakuan iaitu, hidup dan mati, gerak dan diam, panjang dan pendek, tinggi dan rendah, pandai dan bodoh dll.  Dua kelakuan tersebut tetap berlaku keatas makhluk, tidak lebih dan tidak kurang.  (Dua kelakuan ini akan diterangkan di bab BERHUKUM, kerana ada kaitannya).

   Untuk membuktikan tiap-tiap makhluk itu bertepi, marilah kita bincangkan pada tiap-tiap satu jenis makhluk tersebut. Bagi makhluk bangsa JIRIM mudah kita fahami, iaitu semua jenis yang berbentuk dan bertongkol sudah semestinya ada enam tepi.  Bagi makhluk bangsa JISIM pula, kita ambil satu contoh seperti angin, mithalnya pusaran angin (puting beliung) yang melanda sebuah kampung; katakanlah kampung tersebut ada empat puluh buah rumah, tetapi yang terlibat tadi hanya tujuh buah rumah sahaja.  Jikalau sekiranya angin ribut tersebut tidak ada tepi atau tidak ada had dan hingga, sudah pastilah bukan tujuh buah rumah sahaja yang musnah, tetapi seluruh kampung atau daerah, malah mungkin seluruh negeri atau negara turut musnah.  Sekiranya angin atau udara tidak ada had dan tidak ada hingga, kenapa pula angkasawan terpaksa menggunakan tangki oksigen untuk bernafas di angkasa, ataupun kita masuk kedalam sebuah peti yang bertutup rapat sehinggakan tidak ada satu lubang pun dipeti tersebut, dan tidak pula menggunakan tangki  oksigen, apa yang akan terjadi?.  Sudah pasti  mati kerana tidak dapat bernafas.  Ini membuktikan angin atau udara juga ada tepi ada had dan ada hingga, had dan hingga udara bertemu had hingga peti, menyebabkan  udara tersebut tidak dapat menembusi had hingga peti.

   Bagi makhluk berbangsa JAUHAR pula tidak perlu kepada penerangan yang panjang, kerana kita sudah maklum dan fahami bahawa makhluk jenis ini seperti darah hanya terkandung didalam organ-organ tertentu sahaja, seperti dalam tubuh manusia, haiwan dll.  Dan sudah semestinyalah ia bertepi dan ada had hingga.

   Bagi makhluk jenis JAUHAR FIRID juga ada mempunyai enam tepi, iaitu ada had dan ada hingga. Kita ambil satu contoh dari jenis ini seperti syurga, jikalau syurga tidak ada tepi, dimana pula hendak  adanya neraka, dan jikalau   neraka pula tiada tepi di mana pula syurga. Sekiranya neraka dan syurga tiada had dan tiada hingga, sudah pastilah penghuni neraka akan bercampur dengan penghuni  syurga, bercampurlah neraka dan syurga. Kita ambil contoh lagi, iaitu kalam, yakni suara kita, berapa jauh boleh sampai atau kedengaran suara kita. Sejauh mana boleh sampai dan kedengaran suara kita, disitulah had dan hingga atau tepinya, begitu juga pendengar, perlihat dll. Semuanya ada jarak yang tertentu. misalnya, sekiranya pelihat kita tidak ada tepi, tidak ada had dan tidak ada hingga, sudah pasti kita melihat pada jarak-jarak berjuta-juta batu dan tiada kesudahannya, tidak kira disebalik dinding atau tembok batu. Sedangkan dibalik dinding rumah kitapun sudah tidak nampak, inikan pula berjuta-juta batu. Begitulah juga semua jenis mahluk JAUHAR FIRID ada mempunyai enam tepi, ada had dan ada hingga.

   Kesimpulannya, setiap benda yang kena jadi, setiap benda selain dari ALLAH, sama ada nampak atau tidak nampak dimata, samada boleh dirasa atau tidak dirasa dengan pancaindera, tetap dan mesti ada enam tepi, ada had dan ada hingga dan tetap mengambil lapang sekadar dirinya. Lapang juga bertepi ada had dan ada hingga. Contohnya: Lapang tidak dapat masuk kedalam benda yang padu seperti kayu, batu, besi dan sebagainya. Masa juga ada tepi misalnya satu minit, satu jam, satu tahun dan satu zaman.

   Apakah yang dimaksudkan mengambil lapang sekadar dirinya? Disini kita akan cuba huraikan dengan contoh. kita ambil sebuah kotak yang besar, misalnya lapan kaki persegi dan kita muatkan disatu kotak besar  yang lapan kaki persegi tadi. Jadi kotak besaar tadi masih ada ruang kosong ataupun maasih ada ruang lapang, dan kotak kecil yang berukuran satu kaki persegi tadi mengambil ruang atau lapang sekadar dirinya iaitu satu kaki persegi sahaja. Ditegaskan bahawasanya setiap benda yang kena jadi, ataupun selain daripada ALLAH tetap ada enam tepi, ada had dan ada hingga, dan mengambil lapang sekadar dirinya.

   Selain kita lalui beberapa huraian dan penerangan dari hal mengenal mahluk ataupun mengenal tanda mahluk, maka sedikit sebanyak kita sudah boleh faham apa itu mahluknya sebenarnya atau hakikatnya, sehinga apa jua yang terbayang dimata, terlintas dihati dan fikiran tetap tepi, ada had dan ada hingga, tidak terkecuali sesuatu apapun kecuali ALLAH S.W.T.

   Setelah kita mengetahui atau mengenal tanda mahluk, kita hendak ketahui pula tanda tuhan atau mengenal dengan sebenarnya tentang ketuhanan. (Sesungguhnya ALLAH itu tidak mempunyai tanda, tetapi terpaksa kita andaikan untuk memudahkan mencapai kefahaman).

   Sesungguhnya ALLAH itu tidak bertepi, tidak ada had dan tidak ada hingga, bukan jirim, bukan jisim, bukan jauhar dan bukan jauhar firid, demi sesungguhnya tidak ada yang menyerupi dan bersamaan dengan segala sesuatu apapun, yang tebayang dimata, tidak terlintas dihati dan fikiran. Dari itu sesungguhnya ALLAH itu meliputi setiap sesuatu, sehingga kedalam daging, dalam darah, dalam tulang, dalam batu, dalam kayu dan didalam apa jua yang selain daripada ALLAH. Meliputi itulah tiada had dan tiada hingga, tiada ada ruang dan tiada ada lapang. Jadi apabila kita sebut ALLAHHUAKBAR, iaitu ALLAH Maha Besar maka sudah kita fahami bahawasanya besarNya itu tiada had tiada hingga dan tidak pula mengambil lapang sekadar ZATnya, (ALLah itu nama bagi ZAT, tidak pula bertepi, meliputi sekelian alam (Selain dari pada ALLAH).

   Terdapat juga sesetengah guru agama yang berpendapat, bahawa tidak boleh kata ZAT itu besar, kena kata kuasa sahaja besar, sebab takut-takut terfikir ZAT itu bertongkol atau berbentuk, (takut kena atas jirim, jisim, jauhar atau jauhar firid). Pendapat ini terbit disebabkan mereka tidak faham yakni tidak kenal atau tidak tahu tanda mahluk dan tanda Tuhan. Jadi jikalau ZAT itu besar dan terfikir besar itu ada bertubuh atau berbentuk, maka terbatallah sifat muqholafah. Dan juga yang berpendapat Tuhan itu tidak bertempat dan tidak tahu dimana. Ini bermakna Tuhan itu sekejap disana dan disini, jadilah bertempat balik, dan  tentu ada tubuh atau berbentuk. Tetapi jikalau mengikut kaedah ilmu ini tidak bertempat itu maksudnya meliputi setiap sesuatu, dan Maha besar itu, besarnya tidak ada had dan tidak ada hingga, meliputi sekelian alam (selain daripada ALLAH).

   Jika ALLAH itu tidak bertempat dan tidak tahu dimana, bermakna ALLAH mengambil lapang dan apabila mengambil lapang, Tuhan itu sama dengan yang baharu yakni kena atas mahluk dan apabila sembahyang, sembah baharu, sebab Tuhan tidak bertempat dan tidak tahu dimana. Ada juga dapat menyebut ALLAH itu meliputi tetapi apabila ditanya meliputi macam mana? tidak dapat hendak menghuraikannya. Jikalau tidak dapat memahami Tuhan dimana, yakni tidak bertempat dan meliputi itu macamana, sudah pasti duduk didalam syirik sentiasa. Apabila duduk didalam syirik, apa pula yang terjadi kepada rukun Islam yang lima, yang dikerjakan?

   Sesungguhnya ALLAH itu Maha Besar, Maha Kuasa, Maha Agong dan Maha segala-galanya. KebesaranNya, KekuasanNya dan KeagonganNya itu MELIPUTI  segala-galanya. YAKNI ZAT ALLAH SWT MELIPUTI SETIAP SESUATU, TIDAK BERCERAI DAN TIDAK BERSEKUTU  (  Insya'allah akan diterangkan dibab-bab yang akan datang, dari hal tidak bercerai dan tidak bersekutu).

KAIFIYAT TURUN QURAN

 KAIFIYAT TURUN QURAN

Bersalahan  `ulama-`ulama padanya, adakah turunnya dengan lafadz dan makna atau makna sahaja.


  • Pendapat yang menyatakan turunnya dengan lafadz dan makna :
`` Bahawasanya Jibrail ( عليه السلام )   hafadz Quran daripada Luh Mahfudz dan turun ia dengannya, qaul ini yang tahqiq ``

  • Pendapat yang menyatakan turunnya dengan makna sahaja :
`` Jibrail turunkan dengan makna sahaja dan Nabi (صلى الله عليه وسلم) mengetahui ia makna dan mengibaratkan ia daripada makna itu dengan Bahasa `Arab ``

Berpeganglah oleh qaul yang berkata ini dengan zahir Firman Allah Ta`ala :

(نزل به الروح الأمين على قلبك) 

Artinya : Turunlah dengannya Ruhul Amin (Jibrail) atas hati engkau
(محمد صلى الله عليه وسلم ).

Lama turunnya atas Nabi  (صلى الله عليه وسلم)  selama dua puluh tiga (23) tahun, kata qaul yang lemah dua puluh lima (25) tahun.

KAIFIYAT FATIHAH



Al-Imam Ibnu Utsaimin dalam Asy-Sayrhul Mumti jilid 3 menguraikan cukup panjang masalah ini.Kitab beliau ini adalah syarah dari kitab “Zaadul Mustaqni’ fikhtishor Al-Muqni’ buah karya Abi An-Najaa Musa bin Ahmad bin Musa.KItab yang sedikit lafadz akan tetapi banyak mengandung makna.Sebagai ringkasan dari kitab “Al-Muqni”.Kitab dalam madzhab Imam Ahmad bin Hambal.

قوله: «ثم يقرأ الفاتحة» . «أل» هذه للعموم، يعني: يقرؤها كاملة مرتَّبة بآياتها، وكلماتها، وحروفها، وحركاتها، فلو قرأ ستَّ آيات منها فقط لم تصحَّ، ولو قرأ سبع آيات؛ لكن أسقط «الضَّالين» لم تصحَّ، ولو قرأ كلَّ الآيات، ولم يسقط شيئاً من الكلمات؛ لكن أسقط حرفاً مثل أن يقول: {صراط اُلذين أنعم عليهم} فأسقط «التاء» لم تصحَّ، ولو أخلف الحركات فإنها لا تصحُّ؛ إنْ كان اللَّحنُ يُحيل المعنى؛ وإلا صحَّت، ولكنه لا يجوز أن يتعمَّد اللَّحنَ. مثال الذي يُحيل المعنى: أن يقول: «أَهْدِنَا» بفتح الهمزة: لأن المعنى يختلف؛ لأن معناه يكون مع فتح الهمزة أعطنا إيَّاه هدية، لكن {أهدنا } بهمزة الوصل بمعنى: دُلَّنا عليه، ووفِّقْنَا له، وَثَبِّتْنَا عليه.
ولو قال: )صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ )(الفاتحة: من الآية7)لم تصحَّ؛ لأنه يختلف المعنى، يكون الإِنعامُ مِن القارئ، وليس مِن الله .
ومثال الذي لا يُحيل المعنى: أن يقول: «الحمدِ لله» بكسر الدال بدل ضمِّها.
ولو قال: {اُلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِ اُلْعَالَمِينَ} بدون تشديد الباء لم تصحَّ؛ لأنه أسقط حرفاً؛ لأن الحرف المشدَّد عبارة عن حرفين.
إذاً؛ لا بُدَّ أن يقرأها تامَّة، بآياتها، وكلماتها، وحروفها، وحركاتها، فإن ترك آية، أو حرفاً، أو حركة تُخِلُّ بالمعنى لم تصحَّ.
Ucapannya tsumma yaqro-u al-fatihah> (kemudian membaca Al-Fatihah)
Huruf (Alif Lam “Al“) pada Al-Fatihah menunjukkan keumuman,yaitu membacanya dengan sempurna tertib dengan ayat-ayatnya,kata-katanya,huruf-hurufnya,dan harokat-harokatnya.Seandainya dibaca hanya enam ayat saja maka tidak sah.Seandainya dibaca tujuh ayat akan tetapi tertinggal membaca (Adh-dhollin) saja maka tidak sah.Seandainya dibaca lengkap semua ayat tidak tertinggal satu kalimat pun akan tetapi tertinggal satu huruf semisal membaca “Shirotholladzina an’am ‘alaihim dimana tertinggal huruf “ta” maka tidaklah sah.Seandainya tertinggal harokat juga tidak sah.Juga jika dialek yang memungkinkan menghilangkan makna,kecuali jika tidak maka tetap sah.Akan tetapi tidak boleh bersandar pada dialek ucapan yang salah.Misal dari yang menghilangkan (merubah) makna ucapan “Ihdina” dibaca “Ahdina” dengan memfathahkan hamzah.Karena maknanya bisa berbeda.Yaitu jika dibaca “Ahdina” artinya “kami memberikan kepadanya hadiah”,tetapi jika dibacanya benar dengan hamzah washol maka bermakna “tunjukkan kepada kami atasnya dan memberikan taufiq kepada kami dan dijelaskan kepada kami”
Seandainya orang membaca ayat ketujuh “Shirotholladziina in’amta ‘alaihim” maka tidak sah karena maknanya berbeda yaitu al-in’am (nikmat) itu asalnya dari pembaca bukan dari Allah.
Contoh dari yang tidak menghilangkan makna seperti ucapan Alhamdi lillah dengan menggati harokat dhommah.
Jika mengucapkan dengan Alhamdulillahi robil ‘alamin dengan tidak mentasydid huruf “ba (pada kata yang seharusnya dibaca “Robbil ‘alamin) maka ini tidak sah disebabkan telah menghilagkan satu huruf,karena huruf tasydid merupakan ungkapan dari dua huruf.
Olehkarenanya harus dan mesti membacanya secara sempurna dengan ayat-ayatnya,kalimat-kalimatnya,huruf-hurufnya,harokat-harokatnya.Maka jika meninggalkan satu ayat saja atau huruf atau harokat dimana merubah makna maka tidak sah.
Dalam paragraf lain Syaikh meringkas :
Ucapannya “yaqro-ul fatihah” bermakna ucapan ini bahwasannya harus dibaca dengan keseluruhan huruf-hurufnya,harokat-harokatnya dan kalimat-kalimatnya dan tertib urutan ayatnya.Inilah lima perkara :Ayat,kalimat,huruf ,harokat dan tertib urutan.Dan ini diambil dari ucapan penulis “Al-Fatihah” karena Alif Lam (Al) disini untuk mengingatkan bahwa maksudnya Al-Fatihah yang dikenal dimana terdiri dari tujuh ayat beserta kalimat,huruf,harokat dengan tertib.Harus bersambungan yakni tidak memotongnya dengan jeda yang panjang,karena ini adalah ibadah yang satu maka disyaratkan bersambungan sebagaimana membasuh anggota-anggota wudhu

PANDUAN FARDHU AIN ~ ABU ALBAQIR

 
 
 
"Bertanyalah kepada Ahli Zikir jika kamu tidak mengetahui", Allah tidak pernah berkata: Bacalah dan kajilah buku-buku jika kamu tidak mengetahui !!

KHABAR GEMBIRA DARI LANGIT : MENGHAYATI PERISTIWA AGUNG ISRAK DAN MIKRAJ RASULULLAH SAW

Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk pada 27 Rejab. Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan. Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah SAW.

Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah SAW bersama malaikat Jibril yang boleh dibahagikan kepada dua fasa :

Pertama: Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

Kedua : Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan dan keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran terhadap kenabian nabi Muhammad SAW. Orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi.

Perjalanan Rasulullah SAW ini telah diabadikan oleh Allah SWT di dalam al-Quran, Surah al-Isra' ayat 1 yang bermaksud :

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidilharam ke Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah SAW hanya berlangsung pada satu malam.

Sejarah Perjalanan Israk Mikraj

Rasulullah SAW mengalami pembedahan di dada,ianya dilakukan oleh malaikat Jibrail AS. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam,dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu,dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”.

Selesai pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk”. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah) pelbagai peristiwa yang Rasulullah lalui antaranya melihat jenis-jenis siksaan dalam api neraka, bertemu dengan para nabi terdahulu dan akhirnya bertemu dengan Sang Pencipta Allah ‘Azza Wajalla.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku ataupun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.

Setelah baginda SAW menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum, maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda SAW. Fitnah terhadap baginda SAW bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun kembali murtad.

Kembara Isra dan Mikraj Rasulullah SAW dengan kehendak Allah SWT merupakan titik mulanya difardhukan solat yang telah Rasulullah SAW terima lansung dari Allah SWT. Allah SWT melalui Rasulullah SAW telah mewajibkan solat fardu 5 kali sehari tetapi persoalannya berapa ramai umat Islam sekarang yang mengerjakan solat fardu 5 kali sehari. Ada juga yang solat tapi tidak lengkap 5 kali sehari. Berapa ramai pula yang solat tetapi tidak mengikut sunnah Rasulullah SAW iaitu solat berjemaah setelah azan dilaungkan.

Antara pengajaran yang boleh diambil adalah seperti berikut:

1. Peristiwa ini adalah satu ujian dari Allah SWT terhadap tahap keimanan orang-orang Islam. Siapakah diantara mereka yang utuh imannya dan yakin akan kebenaran Rasulullah SAW, dan siapakan yang ragu-ragu akan kebenaran Rasulullah SAW. Masyarakat ketika itu menganggap perjalanan begitu jauh dari Makkah ke Baitul Maqdis dalam jangka waktu yang singkat seperti satu malam, adalah satu perkara yang mustahil.

Maka ramai mendustakan Rasulullah SAW. Akan tetapi kita tahu sekarang ini bahawa ia bukanlah satu perkara yang mustahil kerana sudah ada kapal terbang yang boleh melakukan demikian.

2. Allah SWT mensyariatkan solat lima waktu semasa Rasulullah menghadapNya ketika Mikraj. Ini menunjukkan betapa pentingnya ibadah solat ini. Dan Allah telah menunjukkan kepada Rasulullah SAW azab siksa yang menanti mereka yang tidak mengerjakan solat atau sengaja meninggalkan solat. . Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud :

“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

3. Pada peristiwa ini dada Rasulullah SAW dibelah dahulu dan dikeluarkan hati beliau untuk dicucinya. Ini adalah satu pelajaran bahawa dalam kita berjalan menuju Allah SWT, dalam kita mendekatkan diri kepada Allah, hari kita mesti sentiasa dibersihkan dari sifat-sifat keji, apatah lagi unsur-unsur syirik dan kufur.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah. Allah SWT telah menunjukkan bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda SAW.


Kalau Tuan pergi ke Pulau Tioman,
Singgah semalam di Kuala Muda,
Sembahyang itu perintah Tuhan,
Jika ingkar masuk neraka.

Solat itu satu perintah,
Oleh Allah yang maha Perkasa,
Perintahnya itu jangan dibantah,
Wajibnya itu pada yang berkuasa.


Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.

Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran. Seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
"Julang Keilmuan Jana Keizzahan"

Siti Sarah Binti Bushari
Naib Pengerusi Hewi II
(Unit Dakwah dan Pembangunan Insan)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012

wali ALLAH





Sayidi Ibrahim bin Syekh Abdul-Aziz yang dikenal dengan Abul-Majdi bin Quraisy Ad-Dusuqi ra. Beliau lahir di kota Dusuq-Mesir pada malam terahir bulan Sya’ban 653 H yang bertepatan dengan tahun 1255M.

Beliau dilahirkan pada malam Syak, yaitu hari yang di ragukan dan menjadi teka-teki apakah sudah memasuki puasa Ramadlan atau belum. Ketika para ulama ragu akan munculnya bulan tsabit yang menunjukkan masuknya bulan Ramadan, Syekh Ibnu Harun As-shufi ketika itu berkata: "Lihatlah anak yang baru lahir ini apakah dia meminum air susu ibunya"? Maka ibunya menjawab, “Dari sejak azan subuh, ia berhenti meminum air susu ibunya". Dengan demikian Syekh Ibnu Harun mengumumkan bahwa hari itu adalah hari pertama bulan ramadhan dan tanda-tanda kewalian Syekh Ibrahim Ad-Dusuqi RA sudah nampak dari sejak kelahiran beliau.

Sayidi Ibrahim al-Qurasyi ad-Dusuqi adalah “Wali Quthub” yang keempat dan yang terahir setelah Syekh Ahmad Arrifa’i RA, Syekh Abdul-Qadir al-Jaelani RA dan Syekh Ahmad al-Badawi RA sebagaimana diyakini ulama tashawuf seperti Syekh Mahmud al-Garbawi dalam kitabnya al-Ayatuzzahirah fi Manaqib al-Awliya’ wal-Aqthab al-Arba’ah, dan Assayyid Abul-Huda M.bin Hasan al-Khalidi Asshayyadi dalam kitabnya Farhatul-Ahbab fi Akhbar al-Arba’ah al-Ahbab dan kitab Qiladatul-Jawahir fi Zikril Gautsirrifa’I wa Atba’ihil-Akabir. Sebagaimana Nabi Muhammad saw, yang diutus paling akhir dan menjadi imam dari para nabi dan rasul sebelumnya, begitu juga sayidi Ibrahim ad-Dasuqi adalah imam dari wali qutub empat di atas.

Sayidi Ibrahim al-Qurasyi ad-Dusuqi adalah pendiri Thariqah yang dikenal dengan nama Burhamiyyah atau Dusuqiyyah. Pewaris beliau sebagai syekh Thariqah Dusuqiyah Muhammadiyah pada zaman ini adalah Mawlana syekh Mukhtar Ali Muhammad Ad-Dusuqi ra. "Semoga beliau senantiasa di beri kesehatan dan di panjangkan umurnya, amin".

Dalam kitab Thabaqat al-Kubra, anda akan menemukan Syekh Abdul-Wahhab Assya’rani ra, berbicara tentang riwayat Sayidi Abul-Hasan Assyazili ra, dalam 12 halaman, Sayidi Ahmad Arrifa’i dalam 7 halaman, Sayidi Abdul-Qadir Al-Jailani ra, dalam 9 halaman dan Sayidi Ahmad al-Badawi ra, dalam 7 halaman saja, sedangkan Sayidi Ibrahim Ad-Dusuqi ra, hingga 25 halaman…!

Syekh Abdul Wahhab As-Sya’rani ra, berkata: "Tuanku, Sayidi Ibrahim Ad-Dusuqi ra, memiliki keramat yang banyak, hal-hal yang luar biasa, menguasai rahasia-rahasia malakut, sejak lahir sudah puasa, menguasai bahasa Ajami, Siryani, Ibrani, zinji, seluruh bahasa burung, binatang dan makhluk-makhluk buas lainnya.

Beberapa kitabnya orang-orang salih yang berbicara tentang karamah dan riwayat hidupnya beliau, di antaranya adalah:
1) Farhatul Ahbab Fi Akhbar al-Arba’ah al-Ahbab, oleh al-Khalidi Asshayyadi.
2) Syaikhul Islam Addasuqi Quthbussyari’ah wal-Haqiqah, oleh Rajab Atthayyib al-Ja’fari.
3) Alamul Aqthab al-Haqiqi Sayyidi Ibrahim Ad-Dusuqi, oleh Abdurrazzaq al-King.
4) Lisanutta’rif bihalil-Wali As-Syarif Sayidi Ibrahim Ad-Dusuqi ra, oleh Syekh Ahmad bin Jalaluddin al-Karki ra.
5) Al-Ayatuzzahirah fi Manaqib al-Awliya’ wal-Aqthab al-Arba’ah, oleh Syekh Mahmud al-Garbawi.
6) Abul-Ainain Ad-Dusuqi, oleh Abdul-Al Kuhail.
7) Qiladatul Jawahir fi Zikril Gautsi wa Atba’ihil Akabir, oleh Syekh Abul Huda al-Khalidi As-Shayyadi.
8) Jami’ karamat al-Awliya’, oleh Syekh Yusuf An-nabhani.
9) Al-Arif Billahi Sayyidi Ibrahim Ad-Dusuqi, oleh Sa’ad al-Qadhi.
10) Biharul-Wilayah al-Muhammadiyyah Fi Manaqib A’lam Asshufiyyah, oleh Dr. Jaudah M. Abul Yazid.
11) Nailul Khairat al-Malmusah Biziyarati Ahlilbaiti Wasshalihin bi Mishr al-Mahrusah, oleh DR Sa’id abul As’ad.
12) Atthabaqat al-Kubra, oleh Syekh Abdul-Wahhab As-Sya’rani.
13) dan lain-lain

Syekh Ibrahim Addasuqi RA bermazhab Syafi’I dan terkenal dengan beberapa julukan seperti Abul Ainain, abul Aunain dan Burhanul Millati Waddin. Beliau wafat pada tahun 606H/1296M yang ketika itu beliau berumur 63 tahun dan dimakamkan di kota Dusuq-Mesir.

Beliau pernah berkata:

ولا تنتهي الدنيا ولا أيامها # حتى تعم المشرقين طريقتي


Yang artinya : “Dunia ini tidak akan berahir, sebelum tarekat-ku tersebar di seluruh penjuru dunia”

Walaa haula wala quwwata illa billah.