Tiap-tiap jenis dan bangsa makhluk yang mempunyai enam tepi tadi
ada pula terdapat dua kelakuan tak berlaku serentak dalam satu masa
keatasnya, tidak lebih dan tidak kurang, hanya dua kelakuan iaitu, hidup
dan mati, gerak dan diam, panjang dan pendek, tinggi dan rendah, pandai
dan bodoh dll. Dua kelakuan tersebut tetap berlaku keatas makhluk,
tidak lebih dan tidak kurang. (Dua kelakuan ini akan diterangkan di bab
BERHUKUM, kerana ada kaitannya).
Untuk membuktikan
tiap-tiap makhluk itu bertepi, marilah kita bincangkan pada tiap-tiap
satu jenis makhluk tersebut. Bagi makhluk bangsa JIRIM mudah kita
fahami, iaitu semua jenis yang berbentuk dan bertongkol sudah semestinya
ada enam tepi. Bagi makhluk bangsa JISIM pula, kita ambil satu contoh
seperti angin, mithalnya pusaran angin (puting beliung) yang melanda
sebuah kampung; katakanlah kampung tersebut ada empat puluh buah rumah,
tetapi yang terlibat tadi hanya tujuh buah rumah sahaja. Jikalau
sekiranya angin ribut tersebut tidak ada tepi atau tidak ada had dan
hingga, sudah pastilah bukan tujuh buah rumah sahaja yang musnah, tetapi
seluruh kampung atau daerah, malah mungkin seluruh negeri atau negara
turut musnah. Sekiranya angin atau udara tidak ada had dan tidak ada
hingga, kenapa pula angkasawan terpaksa menggunakan tangki oksigen untuk
bernafas di angkasa, ataupun kita masuk kedalam sebuah peti yang
bertutup rapat sehinggakan tidak ada satu lubang pun dipeti tersebut,
dan tidak pula menggunakan tangki oksigen, apa yang akan terjadi?.
Sudah pasti mati kerana tidak dapat bernafas. Ini membuktikan angin
atau udara juga ada tepi ada had dan ada hingga, had dan hingga udara
bertemu had hingga peti, menyebabkan udara tersebut tidak dapat
menembusi had hingga peti.
Bagi makhluk berbangsa
JAUHAR pula tidak perlu kepada penerangan yang panjang, kerana kita
sudah maklum dan fahami bahawa makhluk jenis ini seperti darah hanya
terkandung didalam organ-organ tertentu sahaja, seperti dalam tubuh
manusia, haiwan dll. Dan sudah semestinyalah ia bertepi dan ada had
hingga.
Bagi makhluk jenis JAUHAR FIRID juga ada
mempunyai enam tepi, iaitu ada had dan ada hingga. Kita ambil satu
contoh dari jenis ini seperti syurga, jikalau syurga tidak ada tepi,
dimana pula hendak adanya neraka, dan jikalau neraka pula tiada tepi
di mana pula syurga. Sekiranya neraka dan syurga tiada had dan tiada
hingga, sudah pastilah penghuni neraka akan bercampur dengan penghuni
syurga, bercampurlah neraka dan syurga. Kita ambil contoh lagi, iaitu
kalam, yakni suara kita, berapa jauh boleh sampai atau kedengaran suara
kita. Sejauh mana boleh sampai dan kedengaran suara kita, disitulah had
dan hingga atau tepinya, begitu juga pendengar, perlihat dll. Semuanya
ada jarak yang tertentu. misalnya, sekiranya pelihat kita tidak ada
tepi, tidak ada had dan tidak ada hingga, sudah pasti kita melihat pada
jarak-jarak berjuta-juta batu dan tiada kesudahannya, tidak kira
disebalik dinding atau tembok batu. Sedangkan dibalik dinding rumah
kitapun sudah tidak nampak, inikan pula berjuta-juta batu. Begitulah
juga semua jenis mahluk JAUHAR FIRID ada mempunyai enam tepi, ada had
dan ada hingga.
Kesimpulannya, setiap benda yang kena
jadi, setiap benda selain dari ALLAH, sama ada nampak atau tidak nampak
dimata, samada boleh dirasa atau tidak dirasa dengan pancaindera, tetap
dan mesti ada enam tepi, ada had dan ada hingga dan tetap mengambil
lapang sekadar dirinya. Lapang juga bertepi ada had dan ada hingga.
Contohnya: Lapang tidak dapat masuk kedalam benda yang padu seperti
kayu, batu, besi dan sebagainya. Masa juga ada tepi misalnya satu minit,
satu jam, satu tahun dan satu zaman.
Apakah yang
dimaksudkan mengambil lapang sekadar dirinya? Disini kita akan cuba
huraikan dengan contoh. kita ambil sebuah kotak yang besar, misalnya
lapan kaki persegi dan kita muatkan disatu kotak besar yang lapan kaki
persegi tadi. Jadi kotak besaar tadi masih ada ruang kosong ataupun
maasih ada ruang lapang, dan kotak kecil yang berukuran satu kaki
persegi tadi mengambil ruang atau lapang sekadar dirinya iaitu satu kaki
persegi sahaja. Ditegaskan bahawasanya setiap benda yang kena jadi,
ataupun selain daripada ALLAH tetap ada enam tepi, ada had dan ada
hingga, dan mengambil lapang sekadar dirinya.
Selain
kita lalui beberapa huraian dan penerangan dari hal mengenal mahluk
ataupun mengenal tanda mahluk, maka sedikit sebanyak kita sudah boleh
faham apa itu mahluknya sebenarnya atau hakikatnya, sehinga apa jua yang
terbayang dimata, terlintas dihati dan fikiran tetap tepi, ada had dan
ada hingga, tidak terkecuali sesuatu apapun kecuali ALLAH S.W.T.
Setelah
kita mengetahui atau mengenal tanda mahluk, kita hendak ketahui pula
tanda tuhan atau mengenal dengan sebenarnya tentang ketuhanan.
(Sesungguhnya ALLAH itu tidak mempunyai tanda, tetapi terpaksa kita
andaikan untuk memudahkan mencapai kefahaman).
Sesungguhnya
ALLAH itu tidak bertepi, tidak ada had dan tidak ada hingga, bukan
jirim, bukan jisim, bukan jauhar dan bukan jauhar firid, demi
sesungguhnya tidak ada yang menyerupi dan bersamaan dengan segala
sesuatu apapun, yang tebayang dimata, tidak terlintas dihati dan
fikiran. Dari itu sesungguhnya ALLAH itu meliputi setiap sesuatu,
sehingga kedalam daging, dalam darah, dalam tulang, dalam batu, dalam
kayu dan didalam apa jua yang selain daripada ALLAH. Meliputi itulah
tiada had dan tiada hingga, tiada ada ruang dan tiada ada lapang. Jadi
apabila kita sebut ALLAHHUAKBAR, iaitu ALLAH Maha Besar maka sudah kita
fahami bahawasanya besarNya itu tiada had tiada hingga dan tidak pula
mengambil lapang sekadar ZATnya, (ALLah itu nama bagi ZAT, tidak pula
bertepi, meliputi sekelian alam (Selain dari pada ALLAH).
Terdapat
juga sesetengah guru agama yang berpendapat, bahawa tidak boleh kata
ZAT itu besar, kena kata kuasa sahaja besar, sebab takut-takut terfikir
ZAT itu bertongkol atau berbentuk, (takut kena atas jirim, jisim, jauhar
atau jauhar firid). Pendapat ini terbit disebabkan mereka tidak faham
yakni tidak kenal atau tidak tahu tanda mahluk dan tanda Tuhan. Jadi
jikalau ZAT itu besar dan terfikir besar itu ada bertubuh atau
berbentuk, maka terbatallah sifat muqholafah. Dan juga yang berpendapat
Tuhan itu tidak bertempat dan tidak tahu dimana. Ini bermakna Tuhan itu
sekejap disana dan disini, jadilah bertempat balik, dan tentu ada tubuh
atau berbentuk. Tetapi jikalau mengikut kaedah ilmu ini tidak bertempat
itu maksudnya meliputi setiap sesuatu, dan Maha besar itu, besarnya
tidak ada had dan tidak ada hingga, meliputi sekelian alam (selain
daripada ALLAH).
Jika ALLAH itu tidak bertempat dan
tidak tahu dimana, bermakna ALLAH mengambil lapang dan apabila mengambil
lapang, Tuhan itu sama dengan yang baharu yakni kena atas mahluk dan
apabila sembahyang, sembah baharu, sebab Tuhan tidak bertempat dan tidak
tahu dimana. Ada juga dapat menyebut ALLAH itu meliputi tetapi apabila
ditanya meliputi macam mana? tidak dapat hendak menghuraikannya. Jikalau
tidak dapat memahami Tuhan dimana, yakni tidak bertempat dan meliputi
itu macamana, sudah pasti duduk didalam syirik sentiasa. Apabila duduk
didalam syirik, apa pula yang terjadi kepada rukun Islam yang lima, yang
dikerjakan?
Sesungguhnya ALLAH itu Maha
Besar, Maha Kuasa, Maha Agong dan Maha segala-galanya. KebesaranNya,
KekuasanNya dan KeagonganNya itu MELIPUTI segala-galanya. YAKNI ZAT
ALLAH SWT MELIPUTI SETIAP SESUATU, TIDAK BERCERAI DAN TIDAK BERSEKUTU ( Insya'allah akan diterangkan dibab-bab yang akan datang, dari hal tidak bercerai dan tidak bersekutu).
No comments:
Post a Comment