Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang ita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perol
ehi adalah natijah daripada aliran
interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.Oleh itu, apabila seseorang
itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti
subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini
menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak
tersebut.apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi
bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan
kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang
lain untuk turut sama aktif.Dengan itu otak menjadi aktif secara
kesluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif
berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya
tidak jadi begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung
mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.Hasil
kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah
Scientific American, keluaran Disember, 1993. Satu kajian yang
dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini dilakukan melalui
ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak
sedar.Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda.
Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut satu-persatu dan
mengaitkan perkataan dengan katakerja yang berkaitan.Apabila sukarelawan
melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan
peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan
korteks.Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan
yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada
kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.Apabila senarai
perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat
di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa
perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir terbukti
meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.Oleh itu,
saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini,
kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan
menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh
tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya.
No comments:
Post a Comment