BISMILLAH

assalam

Friday 14 September 2012

Zikir لا اله إلا الله

Berzikir dengan lafaz  لا اله إلا الله   hendaklah dilakukan dengan cara yang betul. Ia merupakan zikir yang afdal dilakukan oleh umat Islam. Nabi Muhammad pernah berpesan: Perbaharuilah iman kamu dengan لا اله إلا الله . Oleh itu, ulamak telah menggariskan adab-adab ketika berzikir dengan lafaz tersebut supaya selari dengan tuntutan syarak. Berikut adalah nukilan Imam al-Sya‘raniy sebagai panduan kita bersama:


قالوا: ويكون الجهر فى الذكر برفق خوفا أن يتربى له فتاق فى بطنه فيتعطل جهره بالكلية، قالوا: وليحذر الذاكر من اللحن فى: لا اله إلا الله: فإنها من القرآن فيمد على لام النفى بقدر الحاجة، وتحقق الهمزة المكسورة بعدها ولا يمد عليها أصلا، ويمد على اللام التى بعدها مدا طبيعيا، وينطق بالهاء بعدها مفتوحة بغير مد بالكلية، ثم ينطق بالهمزة من حرف الاستثناء مكسورة مخففة بغير مد أيضا، ولا يمد على لام الألف بعدها مدا ثم ينطق بالجلالة فيمد على اللام، ويقف على حرف الهاء بالسكون إن وقف: (وكذلك ينبغى اجتناب المد على حرف الهاء من اله، فيتولد منه ألف وذلك تحريف للقرآن وكذا النطق بالهاء من الجلالة، مضمومة ممدودة حتى ينشأ منها واو).

Yang bermaksud, Berkata ulamak: Berzikir dengan kuat dan tidak laju dilakukan kerana ditakuti seseorang itu tidak hanya terdidik dari segi dalaman sahaja sehingga meninggalkan berzikir secara jelas sepenuhnya. Ulamak juga berpendapat: Ianya (berzikir kuat)  bertujuan untuk memberi peringatan kepada orang yang berzikir daripada melakukan kesalahan sebutan pada lafaz (  لا اله إلا الله   ), ini kerana ia adalah sebahagian daripada al-Quran. Maka hendaklah dipanjangkan sebutan (  لا   ) dengan kadar diperlukan, kemudian disebut dengan jelas (  إ  ) berbaris bawah selepasnya dan jangan dibaca dengan mad asli ke atasnya, selepas itu dipanjangkan huruf (  ل  ) dengan mad tabi’e, dan huruf (  ه  ) berbaris atas selepasnya disebut tanpa dipanjangkan sama sekali.  Seterusnya huruf (  إ  )  istisna’ berbaris bawah disebut dengan nipis tanpa dipanjangkan dan tidak juga dipanjangkan (  لا  ) selepasnya. Kemudian disebut lafaz jalalah (  الله   )  dipanjangkan (  ل  ) dan diwaqafkan huruf (  ه  ) dengan berbaris mati sekiranya diwaqafkan: (Begitu juga hendaklah dijauhi memanjangkan huruf (  ه  ) pada perkataan (  اله  ) seolah-olah ada huruf (  ا  ), ianya telah mengubah al-Quran. Begitu juga huruf (  ه  ) pada lafaz jalalah (  الله   ) yang dibaca berbaris hadapan dan panjang seolah-olah ada huruf (  و   ) dihujungnya).



Dipetik daripada Kitab al-Anwar al-Qudsiyyah fi Ma’rifah Qawa’id al-Sufiyyah, al-Imam al-‘Alamah Abdul Wahhab al-Sya’raniy, Maktabah al-Ma’arif, Beirut, 2003,

No comments:

Post a Comment