TASDIQ &
IQTIKAD.
TASDIQ itu
berkaitan dengan percaya kepada apa yang difahami. Percaya ini tahapnya
percaya penuh, tidak ada langsung belah bahaginya. Oleh kerana ianya berkaitan
dengan apa yang difahamkan maka ada banyak kes yang ditasdiqkan itu tidak
merangkumi maksud sebenar atau maksud sepenuhnya sesuatu yang hendak dipercayai
itu kerana orang yang bertasdiq itu tidak faham atau kurang faham atau berbeza
fahaman mengenai apa yang dipercayainya itu.
Perkara yang difahami dan
dipercayai itu atau apa apa yang hendak ditasdiqkan itu dikatakan sebagai
IQ’TIKAD. Maka walaupun umat Islam yang satu itu BERIMAN kepada Tuhan Yang Esa
iaitu Allah, Iq’tikad mereka berbeza-beza. Maka wujudlah Iq’tikad Ahli Sunnah
Wal – Jamaah, Iq’tikad Syattariah, Syiah dan sebagainya.
Dalam hal kita,
Iq’tikad kita ialah IQ’TIKAD ORANG HAKIKAT. Kalau kita mengaku beriq’tikadkan
Ahli Sunnah Wal-Jamaah maka ianya bukanlah Iq’tikad Ilmu Hakikat. Ianya Iq’tikad
orang Syariat atau orang Feqah.
Ini adalah kerana kedua golongan itu
berbeza pendapat dan fahaman dalam beberapa perkara. Masing-masing mengatakan
bahawa apa yang mereka faham itulah yang betul dan benar.
Ahli Sunnah
mengatakan orang Hakikat itu orang yang bukan sahaja SESAT tetapi MENYESATKAN
orang lain. Manakala orang Hakikat pula mengatakan bahawa orang Ahli Sunnah itu
TIDAK SESAT tetapi merupakan orang orang yang belum sampai lagi meningkat
pemahamannya berkaitan perkara perkara dimana mereka berbeza pendapat
itu.
BEBERAPA PERBEZAAN FAHAMAN ANTARA ILMU FEQAH & ILMU
HAKIKAT
a. Berkaitan Kejadian Manusia Dengan Perentah
KUN.
Pendapat & Fahaman Ahli Sunnah ( ASWJ )
Ahli Sunnah
berpendapat bahawa sebelum dijadikan manusia itu ADOM atau tidak ada. Allah
menjadikan manusia itu dengan perentah KUN maka jadilah manusia itu sebagai
manusia.
Yang demikian manusia itu bersifat BAHARU iaitu YANG DIJADIKAN.
Seterusnya jadilah manusia itu HAMBA atau ABID atau YANG MENYEMBAH manakala
Allah itu Khaliknya iaitu YANG DISEMBAH.
Pendapat & Fahaman Ahli
Hakikat.
Manusia itu ada bersama Allah sejak azali iaitu dalam ILMU
Allah. Oleh itu manusia itu TIDAK DIJADIKAN dan seterusnya BUKAN BERSIFAT
BAHARU.
Hujah mereka :
Bagaimanakah ( benda ) yang tidak ada (
seperti fahaman ASWJ ) boleh menerima perentah KUN ?
Pada Ahli hakikat,
manusia itu merupakan Penampakan ( Tajalli ) Lahir Allah didunia ini. Manusia
pada hakikatnya tidak wujud. Yang Wujud Hanya Allah.
Oleh itu pada
hakikatnya tiadalah Yang Menyembah dan Yang Disembah. Segala perintah Allah
adalah ibadah iaitu diam dan gerak manusia itu disebut sebagai Af’al Allah atau
Perbuatan Allah. Tiada langsung perbuatan manusia itu.
b. Berkaitan
Perbuatan Manusia
Ahli Sunnah
Semua perbuatan manusia itu telah
ditentukan Allah tetapi manusia itu ada usaha dan ikhtiarnya. Tetapi hasil usaha
dan ikhtiar itu juga telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Oleh itu
manusia tidak boleh mengsabitkan hasil usaha dan ikhtiarnya itu kepada dirinya.
Wajiblah disabitkan kepada Allah jua.
Ahli Hakikat
Tiada perbuatan
manusia itu. Segala-galanya adalah Perbuatan atau Af’al Allah belaka. Manusia
itu hanya merupakan SANDARAN atau ALAT bagi Allah menunjukkan Af’alNya.
Contohnya dalam kerja menulis, bukan pen yang menulis tetapi Penulislah
yang menulis. Pen hanya alat untuk menulis.
Iq’tikad ini disebut sebagai
Iq’tikad Ahli Hakikat atau Iq’tikad Ahli Kasyaf.

No comments:
Post a Comment